31/12/09-Apom & CheeseTart

Tempahan 20biji cheesetart dari Pn Mahani (DFSB) utuk kali yg ke3 & Pn Harita (AAP) sebanyak 10biji cheesetart, 30biji apom...terima kasih byk2...Kali ni saja nak ubah corak filling cheesetart...


 

29/12/09-Tempahan Member DFSB

Terima kasih kpd kakak2 kat kilang DFSB (Pn.Baheran, Pn Zaiton, Pn.Liz, Pn Mahani & Pn Jamaliah) krn sudi tempah 50biji Blueberry Cheese tart & 60biji apom...
Dalam pukul 6ptg, Pn Mahani nak order 20biji Cheese tart (campur2) pd 31/12/09..
Alhamdulillah...terima kasih semua...

30/12/09-Tempahan dr Kak CT (AAP)

Kak Siti Ajar dr AAP order 10biji strawberry cheese tart ...terima kasih byk2 kak...sedap boleh tempah lagi...


Mengapa Jadi Begini?

Dari pengalaman, saya pernah 3 kali laluinya..senang crita TERKENA..hasil kerja saya di SABOTAGE.. mula2 coklat kek, pastu kosmetik&jamu, tup tap baru ni apom bunga plak...eeemmmm apa ni? kalau ye pun nak jual, cari la kat tempat lain, tempat yang saya tak jual, jangan nak cover line plak...Kesian ooo..Saya ni tak makan gaji..hanya surirumah yang cari sedikit duit poket...

26/12/09-Tempahan Makcik Noriah

Makcik Noriah nak saya buatkan sebiji moist chocolate kek 1kg & cheese tart untuk dijadikan hantaran pertunangan anaknya..Terima kasih makcik ..


26/12/09-Raja Sehari

Pagi td Mardhiah upload gambar pengantin..acara potong kek,semuanya bertemakan MERAH...Tahniah & Selamat Pengantin Baru utk Rahimah & Aswad..




 25/12/09-Tempahan Mardhiah

Hari ni kena siapkan order dari Pn Mardhiah Omar untuk kenduri kahwin adik ipar iaitu apom 70biji, cheesetart 30biji & sebiji kek pengantin 3kg..
Apapun terima kasih Mardhiah & Selamat Pengantin Baru kpd RAHIMAH & ASWAD, semoga kekal keakhir hayat..

24/12/09-Order Dari Afni

Sebenarnya tarikh tempahan ni 25/12...tp disebabkan jadual saya terlalu padat (ada tempahan untuk hataran tunang dari kawan abah) terpaksalah di advancekan...Nasib baik Afni agree..Afni order 30biji cheese tart campur2 bluebery & strawberry..Katanya nak makan 20biji, 10biji untuk ?????jeng..jeng...jengggggg..
Alhamdulillah sekitar jam 9.30mlm Afni sempat htr SMS bgtau "Confirm sedap..Bang Ngah&Linda pun kata sedap, ni tak boleh jadi ni..rasanya yg order hr tu kena tambah 20biji lagi ni pd 12/02/2010, semuanya 40biji"..

Apapun terima kasih bebanyak Afni sekeluarga...boleh lah lepas ni tolong akak promote pd kawan2 naaa..



24/12/09-Order Dari Fiza(AAP)

Ni order betui2 last minute...terima email dlm pukul 23/12/09 4.40ptg..untuk tidak menghampakan member suami..saya kena buat jugak...Fiza order apom 60biji apom, siap attach gambar lagi...untuk memeudahkan kerja saya la katakan...Katanya nak bawa jauh ke Kuala Lumpur...Wah jalan jauh apom saya ni...
Semoga semuanya dalam keadaan selamat pergi & pulang..Happy Holiday & terima kasih Fiza...


22/12/09-Strawberry&Blueberry CheeseTart

Today Kak Liza (AAP) order 50biji apom - katanya nak buat kenduri utk kawan2(AAP)...Alhamdulillah semoga murah rezeki kak dan 30biji cheese tart campur2 blueberry 15bj & strawberry 15bj..
To Kak Liza & friends, thanks harap berpuas hati..jangan serik order lagi naaaaaaa

18/12/09 - Salam Tahun Baru 1431H

Alhamdulillah sekali lagi saya masih berpeluang melangkah ke tahun baru..Dan sekali lagi Pn Haliza Hatta order Apom untuk dibawa bekalan semasa picnic.Mula2 order 30biji..tup tap time nak ambil tempahan dia sms nak 45biji..nasib baik buat lebih...Apa pun thank to you Haliza..Next time jangan serik tempah lagi naaaaaa

Hantaran CupCake Pn Mahani

16pcs vanilla cupcake yang telah siap dihias..Terima kasih Pn Mahani..harap kak masih terus order dengan saya lagi...


10/12/09-Thank You

Sekali lagi TQ pd Mardhiah(Angah),hari ni Angah order 60biji apom & 20 biji blueberry cheese tart..katanya sebahagian untuk kakak ipar yang sarat mengandung...teringin sangat..takut meleleh air liur baby nanti. Tadi masa Angah ambil tempahan, kakak ipar Angah dah kena masuk wad..harap2 kakak sempatlah menjamah yea..


Untuk Kak Fizah (AAP) & member2 Kak J kat Securicor, TQ  krn masih terus menempah BCT saya...oohhh satu lg Kak Rin (DFSB)..terima kasih naaaaaa..






 

7/12/09-Alhamdulillah

Terlalu syukur pd Allah diatas limpahan rezeki yang mencurah-curah...sampai ruang dapur menjadi teman sepanjang 16jam...Apom telah ditempah setiap hari sebanyak 70biji oleh Kakak Kuih(nama samaran) yang berniaga menjual kuih yang bermula dari pukul 7pg-9.30pg..

5 Dec 2009- Apom's Day

Sekalung ucapan terima kasih kepada members SafeGuard Securicor Prai- tempahan untuk jamuan, Kak Mahani - jamuan akad nikah adik ipar & Mardhiah Omar(Angah) - jamuan akad nikah adik..Dah lama tak nampak Angah..semakin kurus..lawak betui Angah, tengok saja rupa apom, terus di NGAP..harap Angah berpuas hati & terus order dari saya .....

Blueberry Cheese Tart




Blueberry Cheese Tart 6cm 20pcs = RM24.00/box
                                                  10pcs = RM12.00/box
Filling - Blueberry/Strawberry/Kiwi

Nasi Daging

Nak masak apa tengah hari ni? Jangan pening kepala...tu dalam peti ais masih ada lagi daging korban, buat aje nasi daging.,hanya tambah air asam saja...so apa lagi mari start masak...

Bahan-Bahan (4-5org mkn)


Bahan A
  •  2 sudu besar minyak sapi @ mentega
  • 1 inci halia
  • 1btg kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1biji bawang besar (dihiris nipis)
Langkah:- Tumis kesemua bahan di atas sehingga naik bau.


Bahan B
  • 500gm daging (dipotong ikut saiz kesukaan) 
  • Air (Ikut suka)
  • 1 inci halia (dihiris nipis )
Langkah:- Rebus semua bahan di atas sehingga daging empuk. 


Bahan C
  • 2 pot beras Herbapony @ Brasmati (basuh sehingga bersih & tos)
  • Air rebusan daging, hasil dr Bahan B (ikut sukatan beras)
  • Daging yang siap direbus, hasil dr Bahan B
  • 2 kiub pati lembu @ 1 pek sup bunjut
  • 1 sudu besar serbuk kurma
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan tomoto soup
  • garam secukup rasa
Langkah:- Satukan kesemua bahan, kacau sehingga sebati, ON periuk nasi..Dah siap masak bolehlah di tabur dgn bawang goreng.

Jika masih ada lebihan air rebusan daging, bolehlah dibuat sup, cuma tumbuk 2 ulas bwg putih, masuk 1 kiub daging, garam secukup rasa. Masak dan boleh lah dihias bersama daun sup&daun bawang yang dihiris nipis.

Air Asam
  • 2 biji tomato (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris nipis)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • 1 biji perahan air limau kasturi
  • 1 inci belacan
  • 1sudu besar kerisik
  • garam & gula secukup rasa
Langkah:- satukan kesemua bahan diatas..gaul sehingga semua bahan mesra..

Selamat Mencuba....