Salam AidilAdha- Mocha Cheese with Chocolate Sponge Cake

Alhamdulillah syukur pd Allah di atas nikmat rezekiNYA. Dengan adanya komunikasi di alam maya ni, maka bertambah-tambahlah order yang sampai.Ada yang tempah apom bunga,kek & kerepek popia untuk dijadikan sebahagian juadah di Hari Raya Aidiladha..

Kali ni adik ipar tempah cheesecake, saya buat Mocha Cheese with Chocolate Sponge Cake 1.2kg..Terima kasih Fadzlina, lain kali boleh la order lagi..

Ayam Masak Merah

Bila makan nasi tomato mesti ada ayam masak merah...dah sinonim...Mari cuba resepi yang cukup ringkas & paling penting tak guna santan. Saya ganti dengan susu cair Cap Dairy Champ..tanpa kolestrol..


Bahan-bahan(2-4org mkn)

  •  4-5 ketul ayam (di salut dgn sedikit kunyit&garam, digoreng separuh masak)
  • 2 ulas bwg putih (blend hingga hancur)
  • 1biji bwg besar (blend hingga hancur)
  • 1btg serai (dititik)
  • 2sudu besar cili kering(siap diblend)
  • 1biji bunga lawang
  • 1inci kulit kayu manis
  • 1ketul kiub pati ayam
  • 150ml susu cair
  • 150ml air(ikut citarasa sdiri jika mahukan kuah lebih jd tambahkan kuantiti air)
  • garam+gula secukup rasa
Langkah2
  1. Masuk 3sudu besar minyak,tumis bwg besar+bwg putih+cili kering+bunga lawang+kulit kayu manis+serai hingga naik bau.
  2. Masuk ayam yang telah digoreng, kacau.
  3. Masuk air,kacau dan biarkan mendidih.
  4. Slow api, masukkan susu,kacau 
  5. Masukkan kiub pati ayam+gula+garam secukup rasa. 
  6. 1-2minit tutup api.Siap untuk di hidang.
Skrg ni saya hanya ada cabai besar merah shj sbg perhiasan..





Pricess Cake/Barbie Cake


Yang ni plak saya buat untuk besday my princess Nurul Izzah Nazim yg ke4thn...mmg dia suka sgt.Untuk gaun saya guna 2 layer..moist chocolate cake&buttercake...berat agak2 3kg lebih...saya charge ikut jenis kek.Kalau sponge cake (2 layer) = RM60, Butter cake (2 layer) = RM 80, Moist Chocolate cake (2 layer) = RM90...Harga tidak termasuk doll..customer boleh sediakan doll @ saya boleh tolong belikan...dengar dr member lain..kalau kek barbie ni org letak RM200 termasuk doll sekali...Fuhhhhhh terbeliak mata ooooo





Nak pesen mcmni pun boleh saya buat...Butterfly Cake...boleh letak barbie doll...kira jadi macam Princess Maripossa laaaa...

Biskut Mazola

Biskut mazola..tengok tu..merekah cantik...selalunya org cari
waktu hari raya..salah satu kuih tradisi la...Harga 50bj+ hanya RM16.00..

Kerepek Popia

Oooo ni plak kerepek popia...saya buat 3 jenis...gula@pedas@ nestum..saya jual 300gm=RM6.00..boh dalam PVC container..mmg kedap udara...boleh tahan lama la...mmg sesuai dimakan untuk semua golongan...(cuma yg ada gigi la...)kupkrap...kupkrap....



Apom Bunga




Ni plak apom bunga..memang mekar...sungguh lembut dan harum baunya...Sungguh...sebijik saya charge RM0.30 ttp dengan syarat kena beli minimum 30biji..warna plak saya ikut pelanggan..ada yang nak warna warni...ada yang nak 2 warna saja..baru2 ni salah satu kawan saya order untuk family day..saya letak dlm bekas PVC container..Tkasih Haliza Hatta...dan t/kasih mak (Norhayati Ismail) di atas resepi ini.

Nasi Tomato




Today saya buat nasi tomato..so easy...pakat campak-campak je bahan...

Hidangan 5-6org
- 2cwn beras (beras yg sesuai brasmati@herbapony)
- 6cwn air
- 1/2cwn susu cair
- 4 sudu besar tomato puri
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 sudu teh garam
Bahan Tumis
- 2 sudu besar mentega/minyak sapi
- 2cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 2 ulas bwg putih- diketuk
- 1/2 bwg besar - dihiris nipis

Langkah:-
# Basuh beras sehingga bersih(dlm periuk nasi)& masukkan sukatan air+susu+daun pandan+garam+tomato puri
# Dalam bekas lain, tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau.
# Satukan bekas tumis kedalam periuk nasi,kacau biar sebati.
# ON api periuk..tunggu sehingga masak
# Siap masak bolehlah tabur bawang goreng untuk hiasan

Kerepek Popia Nestum

Ni order dr member2 opis suami saya(AAP Tikam Batu), Kerepek Popia Nestum..terima kasih semua.. Mcmni la packing,sekotak 300gm=RM6.00

My Laksa

Fuhhh..cerita pasai laksa ni, saya gerenti mmg ramai yg minat..boleh makan bmangkuk-mangkuk..sruppp..sruppp. So saya nak kongsi rahsia kuah laksa yg saya buat..memang umppphhh



Bahan-bahan (10-15org mkn)
-2kg ikan (boleh campur-kembong/sardin/tongkol)
-5-6biji bawang besar+ 3inci belacan (diblend bersama sehingga hancur)

-10pcs asam keping
-30sen daun kesom
-2btg bunga kantan(bunga dibelah dua)
-Garam secukup rasa
-2-3pek laksa(saya slalu guna brand Laksa Penang-Jenis ni halus mcm mee,mmg laksa beras)

Hiasan
-30sen-50sen Daun Selom(dihiris nipis-nipis)
-50sen daun putat(kalau ada laaaa)
-3btg bunga kantan(dihiris nipis-nipis)
-3-4biji limau nipis/kasturi(dibelah empat)
-10-15bj cabai kecik(hiris nipis-nipis)
-1biji timun (dibelah 2inci nipis panjang)


Langkah Penyediaan Kuah
-Rebus ikan bsama asam keping shgga mata ikan bwarna putih, keluarkan ikan, asingkan1 bekas utk isi dan 1 bekas utk tulang. Bekas yg ada isi ikan diramas, bahagian tulang diblend shgga hancur. Ambil air tulang sahaja.
-Satukan air rebusan ikan+isi ikan+air tulang ikan+(bwg besar+belacan yang telah diblend)
-Masak sehingga mdidih
-Masukkan daun kesom+bunga kantan+garam
-Masak 10minit-siap utk dihidangkan


Penyediaan Laksa 
-Rendam laksa 1-2jam
-Celur dgn air panas 30mnt-1jam-siap




Bihun Sup Tulang


Bihun sup memang la salah satu makanan favorite jd ingin saya kongsikan bsama ..mmg  mudah..cubalah.....

Bahan Sup(10-15org mkn)

-8 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
-3 inci halia (diketuk)
-2 pek sup bunjut tulang
-1kg tulang
-500gm daging(dipotong nipis-nipis)

-3ketul kiub daging
-Sukatan air ikut suka
-secukup garam

 Langkah
- Rebus tulang+daging bersama bwg putih+halia sehingga daging empuk.
- Masukkan kiub daging+sup bunjut tulang+sedikit garam..Masak shgga ok..


Cabai(Sos)
 (Sos Merah)

-5sudu besar cabai kering(yg telah diblander)
-2 sudu cuka
-sedikit garam+gula
Langkah - Masak cabai kering+cuka+garam+gula sehingga benar2 masak..Sedia utk dihidangkan.

(Sos Hitam)
-10 tangkai cili padi(tumbuk sehingga lumat)
-2-3 biji limau kasturi/limau nipis(ambil jus shj)
-sedikit garam&gula

Langkah- Satukan & sedia utuk dihidangkan




-Bihun 2pek(direndam bsama sedikit serbuk kunyit-skadar mberi warna pd bihun sehingga lembut dlm 1-2jam. Celur bihun dalam air panas sehingga bihun benar2 lembut dan toskan


Hiasan
-Daun sup
-Daun Bawang
-Bawang goreng
-Taugeh
-Limau kasturi/Limau nipis


Blueberry Cheesecake

Ni Bake Blueberry CheeseCake..ada base yang saya buat dgn biskut marie..saya letak topping dengan blueberry..letak sikit whipping cream..hias memang la tak berapa menarik...tapi saya jamin rasa memang sodapppppp...





Ni rupa bila dah potong...berat 1.2kg. Customer boleh tetapkan nak letak Blueberry ke...Strawberry ke...Chocolate ke..Kiwi ke...apa2 pun boleh...Cakap saja nak base oreo atau marie...