Emmmm sedapnya...Marble Cheese Brownies

Keluaran terbaru dr Farah Nazim Home Bakery, Marble Cheese Brownies yang begitu menyelerakan..sedap, lembut & so cheesy..Lihat saja gambar dibawah kek seberat 1kg++ berukuran 10" X 10".. Kalau teringin boleh la order..


Ulangan dr Kak Ina Integrated Prai

Maaf K.Ina, saya lambat update blog...sbb la ni setiap pagi dok buat reflexology kat CERAGEM (Raja Uda)..best betui pasai rawatan selama 40minit FOC..urutan pd tulang belakang menggunakan batu jed yg dipasang pd tilam CERAGEM MASTER..

Ok kalau nak crita bab tu mmg la panjang..baik utk kali ni k.Ina tempah 41biji cupcake, special request nak 16cupcake perisa strawberry & 25biji perisa cappuccino yg dihias dgn edible cartoon icing & buttercream swirl..45biji apom & 16bj cheese tart..

Tkasih pd semua yg menyokong & membeli semua hasil buatan saya..

Suka2..saja2

Kali ni Haliza Hatta order 20bj cheesetart boh jem flavor blueberry & strawberry shj..apom memang tak boleh lupa..mesti order 30biji..terima kasih my friend



Orang Machang Bubuk Kembali

"Baru2 ni dah try org lain punya cheesetart, tp tak boleh kalahkan cheesetart hg.." wahX4 bukan main kembang lagi hidung saya bila org puji..bukan apa hati ni syookkk sangat bila customer reply hasil tangan kita..yang penting customer puas hati..itu matlamat semua bakers..
So second times order ni, Nur Fakhriani (Kenny) order 50biji cheesetart mix flavor & 30biji apom..Tkasih daun keladi Kenny & big boss En Halim..

Integrated Prai

Ni pun 2nd order dr Kak Ina wakilkn member2 Integrated yg lain..apom dlm 75biji & cupcake 50biji (deco dgn edible cartoon icing + swirl with cappuccion buttercream..Jom layan gambar yg sempat di klikX2..

Testing- Nur Bahiyah

" Salam kwn lama, ni aku Bahiyah..nak try la cheesetart hg..bila free?buatkan 20biji 7 apple+7 strawberry+6 blueberry"..
Utk Bahiyah, lepaih kena cheesetart aku sure hg dok rindu-rinduan plak...(angkat bakul sdiri heheheh)...ok petang ni siap...

Istimewa buat KEKANDA

Terima tempahan dr Muhaili Saad, fondant moist chocolate cake untuk dijadikan kek hantaran dr pihaknya kepada suami tcinta pd 19/6/2010..Katanya nak tema warna purple..pikir punya pikir rasa2 design ni kot yg cocok...Fuhhh lega betoi bila siap..sbb ni la BAJU MELAYU keluaran sulung saya...
Tkasih Moi krn sudi tempah dr kak lagi..

Set Hantaran Cupcake - Siti Sg Dua

Siti tempah 2 set hantaran cupcake untuk pihak pengantin perempuan & lelaki. Tarikh nikah+kduri 19/6/2010 ..alhamdulillah semua siap on time seperti yang diminta..Untuk Ct.."Tahniah & Selamat Pengantin Baru..Semoga Allah melimpahkan kasih sayang sehingga hujung nyawa..satgi kak pi htr ye"



Set dr pihak perempuan




 Set dr pihak lelaki

Hari Cheese Tart..

17hb agihkan tempahan cheese tart sebanyak 150 biji mix flavor kepada Securicor Nagasari & Afni (sepupu)..TQ semua...

Kak Rossida Tmn Guar Perahu

Kak Eda tempah moist chocolate cake 1.3kg utk bday anak perempuan dia ARISSA..kak Eda nak deco yang simple saja..thank you very much, nnt bday anak2 yang lain jgn lupa order kat saya lagi..


Ijab Kabul 2 jiwa - Muhaili Saad

Tak sangka betui, rasa mcm mimpi plak bila terima tempahan dr junior masa sekolah dulu yang akan melangsungkan perkahwinan pd 13 Jun di Nibong Tebal...betui2 last minute order..4hr sebelum tarikh yg sepatutnya terima ..Jujurnya ini adalah tempahan yang pertama package perkahwinan include kek kahwin 6" + 8" + 16pcs cupcake + D.I.Y cake/cupcake stand + pisau pengantin, Muhaili nak Fondant chocolate moist cake dengan deco pink bunga2..& 30biji cheesetart mix flavor..

Untuk Muhaili tkasih dik..krn sudi bkongsi hari bahagia bsama hasil produk kak..harap Muhaili bpuas hati ya..Semoga ikatan ini dilindungi Allah & bbahagia sehingga kehujung nyawa, maaf krn kak tak dpt hadir time kenduri..




Inilah hasil rupa D.I.Y cake/cupcake stand yang dihiasi dengan bunga orkid warna putih dililit reben pink.










Kek fondant hiasan bunga blossom pink+peach dengan beberapa ekor butterfly..16biji fondant cupcake

Hantaran Pertunangan - Pn Ija

Ni second time Kak Ija order set cupcake..kali ni kak Ija request buat buttercream deco bunga merah..tp merah saya tak berapa berapi...& apom 30biji...harap majlis bjalan dengan lancar ya..

Kak Zana Bertam

Kak Zana tolong order utk member dia..teringin nak makan cupcake butter set yang letak buah strawberry, mcm biasa saya buat butter cupcake+ganache+lemon buttercream+strawberry+chocolate layer..so layan aje gambarnya...kalau teringin boleh terus email/tel saya saja...

Securicor Prai

Kali ni Kak J call tanya boleh tak buat Chocolate cupcake+ganache+buttercream+strawberry ikut budget..jd ini lah hasilnya, harap member Kak J puas hati..Satu lagi tempahan ialah 20biji mix flavor cheesetart

Majlis Pertunangan - Pn Anim Adnan

Tempahan kali ini telah ditempah oleh org jauh nun disana JOHOR BAHRU, Pn Anim Adnan ex-junior kat SMKA(P) untuk sepupunya yang akan mengikat tali pertunangan hari ini..
Anim tempah 25biji chocolate chip muffin filling with jem & package hantaran Fondant cupcake include kotak hantaran yang dihiasi reben mengikut tema. Anim ada sertakan sample deco..harap realitinya menjadi ye..

Pagi td dpt sms dr Anim :" Salam kak, mak saya cakap cantik sangat..tkasih kerana kak dpt merealisasikan hajat saya nak sumbangkan hantaran kat sepupu saya."...& untuk Anim terima kasih kerana memberi ruang pd hasil kak hadir di majlis yang begitu indah..

Bulan Raikan Cinta - June 2010


Alhamdulillah diberikan Allah satu lagi bakat utk menghias kotak hantaran, baru saja bjinak2..ni pun sekadar promosi untuk mengembangkan lagi hasil keluaran Farah Home Bakery..

Syukur dengan kepercayaan beberapa pelanggan yang menempah berminat untuk include sekali kotak hantaran..Dan buat pertama kali, saya menyediakan package kek set pengantin dimana saya sendiri membuat cake/cupcake stand yang terus menjadi milik customer, menarik tak??.

Jadi untuk bakal2 tunangan, bakal2 isteri/suami, bakal2 mentua & lain2 gelaran, jika berminat bolehlah email/tel saya..