31 Jan 2010 - Ika's Birthday

En Hisyam (DFSB) tempah Moist Chocolate cake 1.2kg untuk besday anak dia IKA yg berumur 8thn, nak gambar Barbie...To Ika " Selamat Hari Lahir, semoga Ika menjadi anak yg solehah & berjaya dunia & akhirat...Harap Ika suka....minta ayah order lagi..tak payah tunggu besday"


30 Jan 2010 - Cuba-cuba

Saya terima jemputan Birthday party anak kawan, jd saya buat chocolate cupcake dan lukis gambar teddy bear...Macam mana ada rupa tak?...So kalau ada yg berminat nak tempah, bolehlah hubungi saya...

29 Jan 2010

Tempahan kali ni dari Kak Fizah melalui email
" Kak fizah nak order apom sebanyak 50 biji pada hari jumaat ni 29-01-2010 boleh dak.tolong buat perisa pandan dengan coklat boleh ka ? Kalau tak boleh apa2 pun boleh la.."
Sebelum ni mmg saya tak pernah buat perisa yg kak Fizah request tp atas permintaan pelanggan saya usahakan..so ini lah hasilnya..Harap Kak Fizah puas hati...

Satu lagi order dr Kak Masz melalui chat dlm FaceBook, nak 60biji apaom warna pink, tp saya boh sikit warna unggu...& 10biji blueberry cheesetart...Kata Kak Masz nak jamu mak dia datang dari Johor...Harap kak puas hati...

 

Last sekali order dari Cikgu Faizah & Cikgu Haslinda nak 20biji blueberry cheesetart...
Terima kasih semua...



Feb New Price

Harap maaf disebabkan harga gula & telur telah dinaikkan pd 1st January dan melibatkan banyak produk lain naik harga saya terpaksa menaikkan sedikit harga bermula 1hb Feb 2010..saya jamin kualiti tetap sama cuma lebih baik bagi memastikan kepuasan pelanggan saya .Jika masih berminat untuk menempah bolehlah terus email/sms/tel saya untuk mendapatkan harga..

27 Jan 2010- Order from Securicor

Syukran Jazilan untuk semua pelanggan di Securicor Prai kerana tempah 130biji cheesetart...Saya buat 65biji blueberry & 65biji strawberry...

24 Jan 2010- Tempahan Mak Tam

Terima kasih banyak-banyak pd Mak Tam Hasni kerana sudi tempah 50biji apom untuk dijadikan salah satu hidangan  dmajlis kenduri arwah...semoga majlis bjalan dengan lancar & teratur...

Moist Chocolate Cake


Kek ini ditempah oleh my sister untuk besday 1thn anak dia Khairull Najmie Nazim, jd saya draw elmo...alamak ada rupa tak?..kek ni saya buat 2 layer..atas buttercake dan bwh moist chocolate cake...jd berat hampir 3kg..100% whipping cream.. deco mestilah nampak warna warni, untuk budak kicik la katakan...TQ kakJ..tahun depan boleh order lagi...

Oppppssss sebelum tu saya tunjuk rupa moist chocolate cake...mmg betui2 lembut..moist la...tengok struktur kek tuuuuu

21&22 Jan 2010- Cheese Tarts Day...

Syukur alhamdulillah, permintaan cheesetart semakin menggalakkan..dalam masa 2hari saja dah 180biji..terima kasih member2 Kak J (Securicor Prai), Pn Baheran & friends (DFSB)...
Kak J dah booking 90biji lagi pada 27hb ni....thank you kak..semoga Allah limpahi rezeki yang blipat kali ganda untuk kak sekeluarga...


 

19/1/10-Selamat Pagi Cikgu&Good Morning IBU

Moist chocolate cake 1.2kg + 10biji cheese tart telah ditempah oleh Cikgu Faizah (SRK Seberang Jaya 1)..
Apom 30biji pula ditempah oleh Cikgu Masz (SRK Seberang Jaya 2)..Terima kasih cikgu..harap cikgu boleh promote kat cikgu2 yg lain...

Lastly 20biji cheese tart telah ditempah oleh Norai (Securicor)sepatutnya esok tp saya kesian..Norai tengah sarat mengandung, tunggu hari saja, takut takdan nak makan...
T-kuiX3


 

18 Jan 2010 - Fully Booked

Kak Aishah (Securicor Prai) order sebiji blueberry cheesecake 1.2kg & 20biji cheese tart..
Cheesecake saya buat base oreo...emmmm mmg sedap.....terima kasih kak...
Dan 40biji cheesetart juga ditempah oleh kawan2 securicor tp tak ingat nama la...terima kasih banyak2....

Wajah sebelum dihias

eeemmm...letak cikit buah anggur..amacam?

 

16/1/10-Fully Booked

Alhamdulillah, semuanya selamat....tempahan 340biji apom untuk Makcik Aini(Izzah's teacher), Kak Ana (Jiran rumah) & Kak Liza (AAP)..
Kak Liza juga tempah sebiji kek chocolate moist + add Ben10 icing photo utk bday anak dia...To Muhamad Amirul Naim, Happy Birthday...Semoga Naim menjadi anak yg soleh, cemerlang dunia & akhirat..

To all...terima kasih byk2..


12/1/10-Kak Masz

Kak Masz ni baru saja kenai, cikgu rupanya..baru nak lepas pantang anak yg k5...Terima kasih kak krn order 30biji apom...sedap boleh order lagi...


15/1/2010-Securicor Prai

Tempahan 40biji cheesetart oleh kawan2 kak J..terima kasih banyak2...


4 Jan 10- Booking Tempahan

Tarikh ni saya terima banyak tempahan, lebih daripada 100pcs cheesetart yang telah ditempah oleh (kak J & kakak2 kat AAP)..
Sebiji moist chocolate cake 1.2kg telah ditempah oleh Fadzlina (AAP)...terima kasih banyak2...

3 Jan 2010- Alahai anak2 ummi...

4Jan 2010-Bermulalah hari pertama persekolahan, tahun ni anak saya Muhamad Luqman Nazim (6thn) telah didaftar ke Sekolah Seberang Jaya 1 (OKU Pra Sekolah)..emmmm kerana dia masih tidak boleh bjalan, cikgu minta untuk hadir temuduga dulu untuk mendapat kelulusan samaada Luqman diterima atau tidak..
Untuk minggu pertama ni, Luqman perlu memakai t-shirt putih lengan pendek & bseluar hitam..


Untuk Nurul Izzah Nazim(5thn), saya daftarkan dia ke Pusat Asuhan & Tunas Islam(PASTI)..semoga Nurul Izzah dapat merialisasikan impian ayah & ummi suatu hari nanti...Insyaallah ummi& ayah selalu doakan yg terbaik..

01/01/10- Tahun Baru

Selamat tahun baru semua....Menjelang malam tahun baru, kerajaan telah mengistiharkan kenaikan harga gula 20sen/kg berkuat kuasa 1/1/10...
Apa yang ditakutkan sudah pasti semua harga barang akan dinaikkan..Disini saya juga terpaksa akur dengan ekonomi negara, dan semua harga jualan saya hanya sah sehingga Jan 2010..Harga baru akan diumumkan pada awal Feb 2010..Harap maaf...


Masuk saja tahun baru, pelanggan yg pertama menempah apom&cheesetart ialah member2 tempat keja suami..terima kasih byk2...